SERBA RINGKAS KEWUJUDAN EM(Mikroorganisma Efektif)
Diasaskan oleh Professor Dr.Teruo Higa di University Ryukyus, Okinawa, Jepun. Beliau terkenal sebagai Professor HORTIKULTOR DiJepun. Beliau adalah Hortikultor terlatih yang banyak mengunakan Bahan Kimia ke dalam tanaman sebelumnya. Menyedari bahaya dan kerosakan kepada MANUSIA DAN ALAM SEKITAR. Beliau kemudianya mengusahakan campuran Mikroorganisma yg Berguna dan diteruskan dengan kajian mendalam untuk meningkatkan produk dari penghasilan secara organik. Penyelidikan beliau mengambil masa selama 12 tahun.
EM mengandungi 3 jenis bakteria baik:
1. Bakteria Asid Laktik : bahan organik tapaian dan menghasilkan asid organik yang menyekat pathogenik. Ia digunakan untuk membuat yogurt dan jeruk.
2. Yis atau Ragi : Bahan Organik tapaian dan mengandungi vitamin dan asid amino. Ia digunakan untuk membuat roti.
3. Bakteria Fototropik : Bertindak sebagai kunci kompenan EM. Ia membantu mengekalan keseimbangan mikroorganisma bermanfaat yang lain, menwujudkan kerjasama di antara satu dengan yang lain.
Penggunaan EM hendaklah diamalkan bersama amalan perladangan yang baik (Good Animal Husbandy Practice). Ini kerana aktiviti ternakan jika tidak diuruskan dengan baik akan memberi implikasi yang negatif. Oleh itu teknologi EM digunakan dengan amalan perladangan yang baik dapat membantu penternak meningkatkan produktiviti ternakan. Penggunaanya diberi dalam air minuman, makanan, semburan pada ternakan dan kandang dan merawat sisa ladang seperti najis ternakan.
Kebaikan EM dalam amalan penternakan dapat meningkatkan kualiti hasilan ternakan seperti susu, daging dan telur. EM yang digunakan dengan cara yang efektif dapat mengurangkan elemen stress seperti mengurangkan jangkitan ektoparasit. Kesihatan ternakan dapat diperbaiki dengan meningkatkan immuniti badan terhadap serangan penyakit. Oleh itu kos pembelian ubat dapat dikurangkan. Kandang dan kawasan persekitaran disembur dengan EM dapat membantu mengurangkan bau busuk. Produktiviti ternakan dipertingkatkan dengan memberi EM bokashi dalam makanan ternakan dan air minuman ternakan dengan EM. Hasilnya dapat dilihat dengan peningkatan penghasilan susu, daging atau terlur yang berkualiti. Pencemaran bau yang disebabkan oleh najis ternakan dapat dikurangkan dengan EM untuk dijadikan baja kompos. Malah bau busuk dari kolam kumbahan seperti dari ladang babi juga dapat diatasi dengan penggunaan mudball EM dan cecair EM.
Secara kesimpulannya, penggunaan EM yang kolektif dalam pengurusan ternakan memberi kesan yang sangat baik kepada ternakan dan dapat meningkatkan pendapatan penternak. Kualiti persekitaran alam sekitar dapat dipelihara kerana sisa bahan buangan dari ladang dirawat sebelum dilepaskan.
Kebaikan Sebagai Tambahan Makanan Ternakan
- Bio-Teknologi - Mesra Alam - Merpercepat tumbesaran - Sesuai untuk semua ternakan - Membantu dan merperbaiki sistem penghadaman ternakan - Mengurangkan bau busuk pada najis ternakan
Digunakan sebagai: - minuman - antibodi - tumbesaran - semburan kandang - semburan pada ayam, makanan - menghindarkan lalat - mengurangkan bau busuk (najis) - perlindungan daripada penyakit hawar - tempoh matang ayam lebih cepat berbanding tanpa penggunaan EM - Isi bertambah, manakala lemak tiada Selepas penggunaan lemak dan minyak berkurangan.
Kaedah pembuatan EMAS ( Effective Microorganism Activated Solution ) atau EM4
Biasanya EM yang kita beli di kedai adalah EM1 atau pure EM yang dalam keadaan dormain
atau tidak aktif. Untuk menggunakannya dengan lebih ekonomikal, kita hendaklah membuatnya untuk menjadikan aktif di panggil EMAS atau EM4.
Sukatan adalah spt berikut , ini untuk membuat 1500ml atau 1.5 lit air EMAS
1. Sediakan air bersih tanpa klorin 1400 ml
2. Sediakan air gula merah 75ml ( guna penyukat ) air gula merah di buat dengan campuran 1bahagian gula merah dan 1 bahagia air di rebus kacau sampai melarut.sejuk dan tapis
simpan dalam botol letak dalam peti sejuk
3.Air EM1 ...sukat sebanyak 75ml juga
4. Campur kan air gula merah kedalam botol 1400 ml air tu. Goncang.
5. Masukan EM1 75ml kedalam botol dan goyang sampai sebati.
6. Simpan pada suhu bilik tenpat gelap...
7. Botol 1.5 lit tidak diisi penuh supaya ada sedikit ruang udara....setiap 2 hari sekali buka tutup untuk lepaskan gas...
8. EM4 atau EMAS ni siap di gunakan dalam tempoh 5-7 hari activation period.
9. Sebaiknya buat sekadar buleh habis penggunaannya dalam masa seminggu selepas activation....4-5 hari agak2 nak habis, buat yang baru....cara begitu EMAS sentiasa active.
10. Jika baunya busuk jangan guna, buang saja, EMAS yang baik berbau masam manis macam tapai.
Manafaat EM-4 Dalam Penternakan
- Mengimbangi mikroorganisme yang menguntungkan dalam perut ternakan.
- Memperbaiki dan Meningkatkan kesihatan ternakan.
- Meningkatkan mutu daging ternakan.
- Mengurangi tahap kematian semasa masih ’bayi’ ternakan.
- Memperbaiki kesuburan ternakan.
- Mengurangi stress pada ternakan
- Mencegah bau tidak sedap pada kandang ternakan dan najis ternakan.
Aplikasi EM Pada Penternakan
Beberapa Cara Aplikasi EM-4 dalam Penternakan :
1.Air Minuman Campuran EM dengan konsentrasi ½ – 1% ( jika air 5 lit ( 5000ml) 1% EM = 50ml ) dalam air minum ternakan tanpa klorin, diberikan setiap hari. Hindari penggunaan antibiotik melalui minum agar EM tidak mati. Bersihkan bekas air minum dan tempat minum ternakan setiap hari. Pathogen dalam saluran pencernaan ayam dan ada pada tempat minuman akan di suppress , ternakan menjadi lebih sihat.
2.Makanan Spraylah EM pada makanan yang segera akan diberikan, EM akan meresap dalam makanan dan masuk kesaluran pencernaan ayam bersama makanan.
3.Sanitasi Reban/Kandang Spray reban, najis/tinja termasuk ayam ternakan. Untuk mengurangi atau menghindar bau busuk, membenteras berbagai pathogen yang ada pada bulu dan kulit ternakan, bulu atau kulit ternak akan lebih cerah dan bersih
4.Jamu Ternakan EM dapat digunakan untuk membuat jamu ternakan. Pada ternak ayam dan itek jamu dapat diberikan setiap hari dengan konsentrasi 1 %, bila telah menggunakan jamu ternakan pemberian EM pada air minum tidak diperlukan lagi, peternak ayam membuat jamu sendiri dengan ramuan tradisional yang terdiri dari halia, temu lawak, cekur atau kencur, kunyit, lengkuas, bawang putih dan daun sirih. Bahan-bahan ini giling atau cincang halus direndam/fermentasi dengan EM dan molases. Setelah seminggu jamu sudah siap untuk digunakan. Bila diperhatikan, penggunaan jamu ternakan dari EM, kuning telur lebih tebal, bau hamis berkurang sehingga sangat baik digunakan untuk telur asin. Orang – orang yang biasanya alergik telur, dengan telur EM tidak alergik lagi.
5.Silaj Lembu, kerbau kambing telah biasa diberikan silaj pada musim kemarau bila rumput susah didapati. Em dapat digunakan sebagai probiotik pembuatan silaj, rumput kering, jerami, pokok jagung kering dan lain-lain dapat diolah menjadi makanan ternakan dengan dipotong kecil-kecil terlebih dahulu, potongan rumput kering ini ditaruh dalam bekas drum atau tempat lain, ditabur dedak halus dan disiram dengan EM sampai lembab dan dipadatkan. Pembuatan silaj dilakukan secara berlapis lapis, dengan cara seperti diatas. Adunan ini kemudian ditutup rapat agar suasananya anaerobic, setelah 5 hari adunan sudah berbau macam tapai dan sudah boleh diberikan pada ternakan. Kerana proses fermentasi, kandungan nutrients silaj lebih tinggi dari asalnya dan dapat disimpan lebih lama untuk memenuhi keperluanmakanan pada masa kemarau atau pada masa makanan sukar di dapati.
6.Makanan di gaul ulang Makanan gaul ulang dapat dilakukan pada penternakan ayam petelur, cara ini sangat membantu penternak pada masa harga makanan naik. Pembuatanya cukup mudah. Tinja ayam dijemur kering, digiling atau kisar dan dicampur dengan dedak padi, disiram dengan EM dan molases dan difermentasikan dalam keadaan anaerobic. Fermentasi hanya diperlukan 24 jam dan makanan gaul ulang ini dicampur dengan dedak ayam pada masa pemberian makan. Perbelnjaan di jimatkan sebanyak 25-30 % kesihatan dan production seperti biasa.