
1. Dapatkan 1 bekas yang sesuai dengan kandungan bahan yang akan dibuat dan tidak lebih 2/3 dari bahagian bekas yang di isikan bahan.
2. Bekas yang digunakan mesti lengkap dengan penutup.
3. Masukkan 10 liter air.
4. Masukkan 1kg gula merah dan kacau sehingga gula tadi telah cair sepenuhnya.
5. Masukkan 1 botol yakut (boleh masuk ataupun tidak).
6. 3kg kalau mengunakan sisa dapur seperti nasi ,kulit buah-buahan,sisa ikan dan sebagainya boleh terus dimasukan ke dalam bekas tetapi kalau mengunakan sisa tumbuhan , buah nenas ataupun labu,bahan-bahan ini hendaklah di cincang terlebih dahulu.
7. Seterusnya bekas ditutup penutupnya dan letakkan di tempat redup.
8. Setiap hari penutup hendaklah dibuka untuk mengeluarkan gas yang terhasil dan ditutup semula.
9. Bahan-bahan didalam bekas hendaklah dikacau setiap 3 hari untuk percepat proses pereputan.
10. Setelah 1 bulan cecair yang terhasil daripada proses inilah yang dinamakan EM (Mikroorganisma Efektif).
11. Semua cecair yang terhasil hendaklah ditapis dan bahan-bahan campuran tadi di perah.
12. Sekarang kita telah menghasilkan EM pekat dan perlu dicairkan apabila hendak digunakan.
Amaran: Jika EM yang terhasil berbau masam-masam manis,kita telah berjaya kalau berbau busuk, hendaklah dilupuskan ke sungai.
Kegunaan EM
Menyuburkan tanah , pokok dapat membesar dengan cepat,menghasilkan buah yang banyak serta menghasilkan tumbuhan yang bebas dari bahan kimia.
Kalau ikut kata para blogger yang terlebih dahulu buat kajian..atau pun copy paste..macam-macam kegunaan EM ni sebenarnya..boleh campur dlm air minum ternakan..boleh cuci longkang..boleh cuci lantai..boleh kurangkan bau kandang lembu/ayam..pendek kata macam-macam boleh..hinggakan kambing yang dah terbukti bacin bau dia pun boleh jadi wangi....hebat-hebat..mungkin juga betul semua tu...tapi selagi aku belum cuba...tak berani nak suruh korang guna..
Untuk resepi diatas aku hanya cadangkan untuk tumbuhan saja...itu yang aku cuba sendiri tak tipu...mungkin lepas ni aku cuba pula buat sabun EM..hi..hi..hi..untuk bau ketiak yang degil...
jangan mare..
Cara Menguna EM
10ml EM dicampurkan dengan 10 liter air dan boleh digunakan dengan cara menyiram terus ke tanaman kita ataupun untuk tanaman seperti orkid boleh juga di sembur mengunakan botol penyembur.
NISBAH BAHAN: 1:3:10 (contoh: 1kg gula merah + 3kg sisa dapur,sayuran ,buah + 10 liter air)
Selamat Mencuba
http://kebunhilmi.blogspot.com/2013/11/cara-mudah-membuat-em.html
****************************
Resipi Membuat EM Sendiri
Bahan:
- Air basuhan beras (basuh tanpa klorin) – 200 mL
- Gelang getah – 2 gelang
- Kertas – 2 helai
- Bekas 1L
- Baldi 5L
- Susu lembu kotak – 2 L
Cara buat:
Fasa 1:
- Isi air basuhan beras ke dalam bekas
- Tutup bekas tersebut dengan kertas dan ikat dengan gelang getah
- Label tarikh pembuatan
- Peram air itu selama 3 sehingga 5 hari.
- Peraman menjadi apabila air berbau masam dan terbentuk 3 lapisan. Tapis peraman ini untuk proses seterusnya.
- Lapisan atas berbentuk pepejal putih – karbohidrat dan kulat
- Lapisan tengah berwarna kuning cair – bakteria asid laktik
- Lapisan bawah berwarna putih pekat – lemak dan kanji
Fasa 2:
- Campurkan cecair peraman ini dengan susu ke dalam baldi. Nisbah campuran adalah 1:10. Bermakna jika 200 mL cecair peraman campur dengan 2L susu.
- Tutup baldi dengan kertas dan gelang getah
- Label tarikh pembuatan
- Peram campuran ini selama 5 sehingga 7 hari.
- Selepas seminggu, akan terbentuk dua lapisan iaitu lapisan susu kental di atas dan di bawah adalah serum bakteria asid laktik.
- Asingkan dan tapis lapisan atas. Lapisan susu kental ini boleh dibuat keju atau dijadikan makanan haiwan atau bahan kompos
- Boleh simpan serum ini di dalam botol
Untuk tahan lama, campurkan serum EM ini dengan molases. Molases ialah gula merah yang dimasak dengan air sehingga cair. Nisbahnya ialah 1 bahagian serum EM + 1 bahagian molases.
Alternatif lain, kita boleh campurkan serum ini dengan gula perang atau gula kasar dengan nisbah yang sama iaitu 1:1. Contohnya 1L serum EM + 1kg gula perang.
Simpan serum EM ini di tempat yang gelap dan dingin
***************************************
Cara Membuat EM (Effective Microorganism)
- Basuh beras (dengan AIR TANPA KLORIN), ambil airnya. Simpan dlm bekas, tutup dengan kain, ikat supaya tak ada binatang masuk.
- Peram air beras ini 3 ke 5 hari. Peraman siap bila air berbau masam dan menghasilkan 3 lapisan. Lapisan atas sekali ialah karbohidrat + kulat. Lapisan tengah (yg ni kita nak ambil) penuh dgn bakteria dan asid laktik. Lapisan bawah ialah kanji, hasil peraman.
- Gunakan bekas baru yg lebih besar, masukkan air beras masam + dgn susu. (nisbahnya ialah 1 bhg air beras masam + 10 bhg susu. Susu apa pun tak pe. Paling baik ialah susu fresh. Kalau tak dapat susu fresh, gunalah susu cair/susu tepung dan sebagainya. Jangan menangis kalau tak dapat susu fresh tau.
- Tutup bekas dgn kain, ikat elok2 supaya haiwan tak masuk. Kalau masuk, nanti ada ulat, eeeee… geli.. Peram seminggu.
- Lepas seminggu, akan terbentuk 2 lapisan. Lapisan atas ialah susu kental, penuh dgn karbohidrat, protin dan lemak. Sape nak try rasa, boleh, sbb sy dah pernah rasa. Tak sedap mana pun. Bagi aje kat haiwan, pokok atau kompos. Lapisan bawah terdiri dari cairan warna kuning cair, kaya dgn bakteria. Cairan ini ialah lactobacillus serum, yg ni yg kita nak. Tapis untuk asingkan susu kental dgn lacto serum.
- Untuk simpan, campurkan lacto serum (lacto serum ialah EM) ini dgn molasses. (molasses ialah gula merah yg dimasak dgn air, hingga cair). Nisbahnya ialah 1 bhg lacto serum + 1 bhg molasses. (kalau malas nak buat molasses, campur saja gula perang, nisbahnya 1 : 1 juga. Contohnya 1L lacto serum + 1kg gula perang). Saya simpan lacto serum (EM) dalam peti sejuk.Kalau taknak simpan dalam peti sejuk pun tak pe, takde masalah pun. Lacto serum (EM) yg kita dapat ini PERLU DICAIRKAN sebelum digunakan.
Nota Penting EM (Effective Microorganism)
- Air untuk basuhan beras MESTI bebas klorin. Air hujan, air paip yg disimpan lebih dari 24 jam, air sungai, air tasik, air telaga boleh guna. Air laut taboleyy ya. Air RO juga taboleyy.
- Bekas yg nak diguna juga perlu bebas klorin. Ertinya, bekas yg nak diguna perlu dibasuh dgn air bebas klorin juga. Sebabnya ? Klorin mematikan bakteria, sedangkan kita nak ternak bakteria, tuan-tuan dan puan-puan sekelian.
- Labelkan tarikh buat pada bekas, supaya tak lupa. Jangan pulak ada yang mesej saya tanya “Kak Salina, akak ingat tak saya peram air beras sy tu berapa haribulan? ” Kalau ada yg tanya saya macam tu, bukan takat sy hangin satu badan, siap windy satu Rawang tau..
Air beras + susu, tutup bekas dgn kain, perlukan udara untuk proses peraman. Jangan pi minum pulak ya.. Peram seminggu.


Nak simpan, campur lacto serum dgn molasses atau gula perang. Nisbah 1 : 1.
Cara Penggunaan EM (Effective Microorganism)
- Untuk pembajaan : Cairkan 2 sudu besar EM kedlm 1L air. Boleh sembur terus pd tanaman dan tanah, atau campur dgn baja2 lain (mol, ohn, imo dan sebagainya)
- Untuk menghilangkan bau najis haiwan. Cairkan 2 sudubesar (sb) EM dgn 1L air. Campurkan dgn makanan/minuman haiwan, dan juga sembur pada najis haiwan.
Dengan nisbah 2 sb EM/1L air (ini panduan saja. Sy pakai cara mewah, selalunya lebih dari 2 sb EM/1L. Kalau cepat habis sy boleh buat lagi EM. Saya suka !!!) Kita boleh pakai EM utk berbagai jenis kegunaan. Antaranya, sembur atau siram pada kompos, masukkan kedalam akuarium, membuat bokashi bran, membuat kompos bokashi, membuat baja bokashi, membuat IMO5, membersihkan sungai/parit yg tercemar, malah baik juga untuk sistem percernaan manusia dan haiwan. Kalau tak percaya, boleh try..
Secara peribadi, saya menggunakan EM dalam hampir setiap pembuatan mol, ohn dan baja-baja saya. Kenapa saya kata ‘hampir setiap’ ? Sebabnya ialah sy selalu terlupa nak ingat. Kalau tak lupa, InsyaAllah sy ingat nak masukkan EM…..
SELAMAT MENCUBA
Sumber: Salina Shamsudin
*********************************************************************************
*********************************************************************************
EM adalah gabungan beneficial micro-organisms yang telah di majukan oleh Professor Teruo Higa di University of the Ryukyu Japan. Micro-organisms ini telah menyuburkan tanah, tanaman, air dan kesihatan manusia dengan cara mereputkan bahan bahan organik dalam tanah, menggunakan (fixing) nitrogen diudara dan menjadi makanan (feed) tanaman dan haiwan disamping melindungi nya daripada ancaman penyakit. Micro-organisms tersebut terdiri daripada primary yeast, pro-biotic atau photosynthetic bacteria dan lactic acid bacteria. EM boleh di beli tetapi agak mahal dan ia boleh dibuat (kultur) sendiri dengan perbelanjaan yang murah.
Di Asia EM telah diproses hingga menjadi 4 jenis EM(EM1, EM2, EM3 & EM4). Ia sangat berkesan bergantung kepada cara penggunaan. Disini aka ditunjukan cara cara membuat sendiri EM.
EM1 mengandungi :-
1. Primary lactic acid bacteria(lactic acid produced in metabolism).
2. Yeast.
3. Photosynthetic bacteria.
Semua bacteria ini berada dalam nisbah yang ideal.
EM2 mengandungi lebih micro-organisms daripada EM1. Terdapat lebih daripada 10 jenis yang terdiri daripada 80 spesis. Micro-organisms ini ujud sebagai satu konsortium. Microbes yang ujud dalam EM2 adalah photosynthetic bacteria,fungi,yeasts atau molds dan sebagainya. EM2 dikultur dalam cecair dengan ph7 dan disampan pada ph 8.5. Populasi micro-organisms dalam cecair dianggarkan 1 billion cells/gram cecair.
EM2 mengandungi 90% bacteria photosynthesis dan bakinya adalah micro-organisms.EM3 dikultur dalam medium cecair dan disimpan pada ph 8.5. Populasi micro-organisms dalam cecair adalah 1 billion cells/gram cecair.
EM4 mengandungi 90% lactobacisslus spp. Dan micro-organisms yang mengasilkan lebih lactic acid. EM4 dikultur dalam medium cecair dengan kandungan ph 4.5. Populasi micro-organisms adalah sama saperti diatas. 1 billion cells/gram cecair.
Perbezaan diantar EM1, EM2, EM3 & EM4 kandungan micro-organisms dalamnya. Jenis yang terbanyak diguna di Asia bagi memajukan pertanian dan perikanan adalah EM4.
Bahan bahan yang diguna untuk mengkulturkan EM adalah :-
· Sayuran yang dibuang, kekacang.
· Kulit buahan saperti papaya, pisang, rambutan dsbnya.
· Dedak padi.
· Gula merah.
· Air basuhan beras.
Cara cara
· Masukan sayuran, kulit buahan dan dedak kedalam satu bekas(tong). Gaul supaya bercampur dan tutup rapat. Tutup rapat dan biar ia mereput selama seminggu. Bila ditutup pada awalnya bacteria jenis aerobic akan hidup dan memakan sisa sisa tadi dan mengeluarkan bau yang agak busuk. Akibat ditutup rapat bacteria aerobic akan kehabisan bekalan oxygen dan akan mati. Peranan seterusnya akan dimaikan oleh bacteria anerobic yang mampu hidup tanpa oxygen.
· Lepas 1 minggu tapiskan bahan pepejal yang tinggal dan cecair kekuningan yang di dapati itu adalah EM1.
· Cecair EM1 dicapur semula dengan sayuran, dan kulit buahan yang lain dan ditutp rapat sekali lagi.Selepas 1 minggu tapis untuk dapatkan cecairnya. Itu adalah EM2.
· Cecair EM2 dicapur pula dengan dedak, air basuhan beras dan gula merah.
Nisbah campuran adalah saperti berikut
1 litre EM2 : 1 kilo gula merah : 10 litre air
· Tutup rapat dan biarkan selama 1 minggu. Hasilnya adalah EM3
· EM3 dibiarkan lagi selama 1 minggu lagi tanpa membuat apa dan hasilnya adalah EM4
*******************************************
*******************************************
Boleh tahu dy punya penghasilan tugasan?
ReplyDelete