Tuesday, 19 January 2021

Saturday, 16 January 2021

biri biri murah

 https://www.facebook.com/biribirimurah/


Perut sudah kenyang hati banyak senang. Mana yang masih tercari cari biri biri tu boleh la contact kita. Nak beli sekor pun boleh. Nk borong perabih pun boleh. Barang baik confirm puas hati. Buat masa sekarang biri biri betina belum ada. Yang ada semua jantan. Insha allah lagi 2 ke 3 minggu kita bawak masuk betina. Nak tanya apa apa boleh wasap kita di link kat bawah. Nak lebih puas hati boleh terus datang kandang kita deal sampai jadi. Kandang terletak di ayer hitam kedah.



Sunday, 10 January 2021

ROMPAK DUIT HANTARAN LELAKI

#TabungKahwin

ROMPAK DUIT HANTARAN LELAKI.

1. Duit hantaran tidak sepatutnya digunakan untuk perbelanjaan perkahwinan pihak perempuan.

2. Bapa pihak perempuan sepatutnya keluarkan belanja sebagai tanda syukur ada anaknya telah dilamar dan diterima.

3. Kenduri itu bukannya yang ada 18-19 khemah, memadai ikut sunnah dengan jemput jiran tetangga, jemaah surau dan saudara terdekat kita. Kuncinya sederhana.

4. Wang hantaran dengan rakusnya digunakan untuk belanja pelamin, pakaian pengantin, khemah dan goodies, kad kahwin, makanan dan belanja fotografi.

5. Jika bapa kita memang tak mampu, bolehlah gunakan duit ini sebahagiannya untuk belanja. Tetapi tetap sederhana, bukan habiskan semua.

6. Saya pernah jumpa bapak mertua yang pulangkan kembali wang yang diterima sebagai hadiah untuk mulakan hidup berkeluarga. Pengantin lelaki rasa hiba dan malu nak terima.

7. Rasa hormatnya pada bapa mertua jadi sangat luarbiasa dan sayang isterinya pasti berganda ganda.

8. Masyarakat Pantai Timur dah lama lakukan ini, kita saja yang rasa pelik dan nak habiskan duit hantaran lelaki.

9. Mereka himpun duit sampai nak keluar biji mata, kita bazirkan dengan kenduri mewah nak jaga tahta dengan jiran tetangga dalam sehari sahaja.

10. Lebih sedih bila tetamu bazirkan makanan hingga banyak sisa tak habis, sedangkan pengantin lelaki minum air kosong ditepi jalan itu dah biasa demi cintanya mereka.

11. Manfaatkan duit hantaran untuk beli rumah pertama, bukannya belanja kenduri kendara.

Saya tahu ramai yang tak suka, tapi ini hakikat yang kita perlu terima. Budaya kahwin yang membazirkan wang sahaja, kembali hidup beragama bukan berbudaya.

Azizul Azli Ahmad
Bakal Jadi Bapa Mertua

#LebihSedihJikaHantaranDariDuitPinjaman

keluar duit dari broker