BLACK SOLDIER FLY (Hermetia illucens) merupakan sejenis serangga daripada keluarga Stratiomyidae bersaiz kecil berwarna hitam yang menjadi perosak merbahaya kepada indstri ternakan lebah dan kelulut di negara kita. Serangga yang juga dipanggil sebagai 'Lalat soldadu hitam' ialah sejenis lalat yang biasa dimana larvanya akan hidup dengan menghuraikan kompos. Sehubungan dengan itu dilaporkan bahawa larva serangga ini banyak digunakan dalam proses menyediakan dan aktiviti pengurusan baja organik. Larva dan pupae serangga ini yang terhasil dari penguraian baja organik ini digunakan sebagai makanan ikan hiasan atau makanan ternakan lain. Telor lalat BSF ini akan mengambil masa hanya 4 hari untuk menetas dan biasanya terdapat pada celah kayu atau berhampiran dengan bahan yang sedang mereput. Kerosakkan oleh serangga ini biasanya akan berlaku terhadap industri lebah dan kelulut apabila serangga dewasa bertelur dalam koloni lebah atau kelulut dimana telur yang menetas menjadi larva mengambil madu, roti lebah dan keseluruhan broodcell dalam proses pembesarannya. Akibatnya adalah dimana keseluruhan koloni akan terhapus dalam beberapa hari sahaja selepas dijangkiti oleh larva ini. Bagaimana pun penulis melihat selalunya tidak ada kerosakkan akan berlaku pada struktur propolis kerana kandungan lilin yang tinggi. Kes serangan serangga ini kurang dilaporkan oleh penternak pada waktu dahulu dahulu tetapi kini sudah kerap kedengaran apabila peserta projek kelulut mula terganggu. Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai sejenis serangga perosak dinamakanBlack Soldier Fly (BSF) atau mudahnya dipanggil Lalat Soldadu Hitam dan beberapa kaedah atau cara kawalan jika berlaku serangan sebagai bahan bacaan dan rujukkan anda.
Serangan oleh Lalat BSF ini telah mula dilaporkan berlaku dengan kadar agak serius di Kedah, Pulau Pinang dan beberapa negeri di Utara Semenanjung Malaysia semenjak Mei 2016. Di Pahang pula ia dilaporkan menyerang projek kelulut di Daerah Temerloh dan Bentong semenjak awal Jun 2016 terhadap penternak tajaan Jabatan Pertanian. BSF dewasa akan bertelur pada sarang kelulut dimana larvanya akan memakan sarang tersebut sehingga hancur (Sila lihat foto disebelah). Larva yang berwarna keputihan ini bergerak cergas sehingga semua koloni kelulut atau lebah madu akan lari dan meninggalkan koloninya. Serangan ini menyebabkan kerugian besar kepada penternak kelulut yang baru sahaja memulakan projek dengan kos pembelian koloni kelulut yang mahal. Penternak kelulut sedia ada dan telah lama yang mempunyai banyak koloni perlu sentiasa memeriksa setiap hari ketika ini kerana dilaporkan serangan berpotensi memusnahkan semua koloni dikawasan ternakan kelulut atau lebah madu dalam masa singkat apabila dijangkiti. Lalat BSF ini mesti dikawal dengan segera bagi mengelakkan kerugian lebih besar. Serangan lalat BSF boleh memusnahkan koloni yang ada dalam satu ladang dalam masa sebulan jika tidak diambil langkah segera atau populasi BSF dewasa yang tinggi di ladang ternakan.

https://web.facebook.com/NurHafizahSharudin/videos/2134614670155378/
No comments:
Post a Comment