Mak-Mak Yang Nak Basuh, Potong & Lembutkan Daging
Dengan Cepat, Boleh Ikut Cara Chef Ini Kongsikan!
Musim raya, daging antara rencah yang paling selalu digunakan dalam masakan.Macammacam menu boleh dibuat dengan daging seperti rendang, kari, stew,daging bakar dan
sebagainya.
Namun begitu, jika salah cara cucian dan potongan daging tersebut, ia boleh
menyebabkan daging kurang bersih, berbau hamis, liat dan lambat empuk.Sekaligus boleh
mempengaruhi rasa masakan.
Sebenarnya, ada cara mudah untuk mak-mak mencuci daging sekaligus mengilangkan bau
hamis pada daging tersebut iaitu hanya dengan menggunakan tepung gandum.Ikut
langkah-langkah yang dikongsikan oleh Chef Khairul Hakimin Muhammad ini.
Bahan-Bahan:
Tepung Gandum
Asam Keping
Penapis
Besen
Cara Membuat:
1.Dah siap potong daging,letakkan dalam besen dan letakkan tepung gandum. Biasanya
anggaran dalam 2kg daging bersamaan 1 senduk tepung.
2.Kemudian,masukkan air sampai penuh dan gaul-gaulkan ia. Kemudian, masukkan asam
keping dalam 3-5 keping. Biarkan dalam 15-20 minit.
3.Sesudah itu, tuang semuanya dalam penapis. Bilas lagi dalam 2-3 kali.
4.Akhir sekali, dah siap bilas, toskan. Siap!
Info Ekstra!
1.Selain daging, cuci ayam pun boleh menggunakan cara ini, bagi mengelakkan bau hanyir
dan mudah menghilangkan lendir-lendir yang melekat pada ayam.
2. Potong daging dengan cara berlawanan dengan urat. Bukannya potong ikut urat. Silap
potong akan bawa padah, memang liat ya ampun.
3. Basuh daging dengan bersih. Eloknya guna tepung gandum, asam limau atau asam
keping. Bilas dengan betul-betul bersih. Mana yang tak basuh dengan betul biasanya
daging juga susah nak empuk.
4. Apabila memasak daging, elakkan letak bahan asam atau masin terlalu awal, ia akan
melambatkan daging empuk. Jadi lewatkan masuk asam jawa dan garam.
5. Petua nak lembutkan daging dengan cepat, pertamanya guna periuk tekanan. Haha.
Kedua, perap dengan nanas atau betik yang dikisar selama lebih kurang 30 minit. Atau
ketiga, rebus sampai pengsan.
6. Enjoylah memasak. Kalau semua nak cepat, susah. Kalau benar nak masak terus
empuk, eloklah kau rebus banyak-banyak, kemudian kau frozenkan. Apabila dah nak
masak, baru kau keluarkan.
Begitulah. Aku tak ada petua nak letak sudu, sudip, semua. Kami geng orang kampung
dan enjoy selalu lama-lama di dapur. Yang penting makanan kami masak dengan baik,
sedap dan disukai ramai.
Selamat Mencuba!
Semoga bermanfaat
Sumber: Khairul Hakimin Muhammad
Jan
No comments:
Post a Comment