Penanaman bawang merah
Penggunaan yang paling sesuai sekali untuk dipraktikkan di rumah dan kebun-kebun kecil adalah dengan menggunakan bebawang. Penanaman dengan biji benih adalah lambat dan peratus percambahannya juga< 40% kerana iklim khatulistiwa di Malaysia. Lagipun mana ada orang jual biji benih bawang.
Penyediaan bebawang
Bebawang yang dibeli dari pasar
Potong 1/3 untuk percambahan bawang cepat
Potong 1/3 untuk percambahan bawang cepat
Bagi penanaman skala besar, adalah dinasihatkan agar bebawang yang telah dipotong direndam dahulu dengan larutan thiram untuk mengelakkan serangan fungus pada bebawang.
Bawang merah perlu dipotong atasnya 1/3 bagi mempercepatkan percambahannya. Mengikut pengalaman saya, dalam masa 2-3 hari sahaja bawang merah akan mengeluarkan tunas jika atasnya dipotong betul.
Kambus biar sekadar cukup menutupi lapisan tipis atas bawang.
Jarak Penanaman
Jarak penaman yang sesuai adalah 20 cm (antara baris) x 10 cm (antara pokok).
Jarak antara baris (20 cm) x Jarak antara bawang (10 cm) dalam 1m x 1m batas
Boleh selang-selikan barisan bawang dengan barisan sayur lain seperti kangkung, bayam, kubis, ataupun sawi. Ini bagi bawang boleh bertindak sebagai tanaman penghalau.
Pembajaan
Sepanjang tempoh penanaman bawang, kita perlulah membajanya sebanyak 2 kali iaitu semasa penanaman dan beberapa minggu selepas penanaman.
Bagi pembajaan bawang, nilai NPK yang disyorkan adalah tiada (tidak dijumpai dalam website Jabatan Pertanian). Jadi saya ambil nilai yang disyorkan bagi sayur berdaun iaitu:
N 150 kg/ha P 150 kg/ha K 150 kg/ha
Untuk pembajan pertama, kita gunakan 100 kg N/ha,
Baja: NPK hijau (15:15:15)
Kiraan untuk 1 batas (1 m²),
15 kg N ada dalam 100 kg NPK hijau
Maka kalau 100 kg N ada dalam y kg NPK hijau.
15 kg N ada dalam 100 kg NPK hijau
Maka kalau 100 kg N ada dalam y kg NPK hijau.
Pengiraan,
15/100 = 100/y
y = 666.67 kg
Maka 666.67 kg NPK hijau mengandungi 100 kg N.
Untuk 1 batas (1 m²),
1 ha = 10,000 m²
1 kg = 1,000 g
666.67 kg NPK hijau / 10,000 m² = 67.0 g/m²
15/100 = 100/y
y = 666.67 kg
Maka 666.67 kg NPK hijau mengandungi 100 kg N.
Untuk 1 batas (1 m²),
1 ha = 10,000 m²
1 kg = 1,000 g
666.67 kg NPK hijau / 10,000 m² = 67.0 g/m²
Jadi pembajaan untuk kali pertama ialah 67 g/m² atau 5 g/bawang.
Untuk kali kedua pula pada minggu ke-5 selepas pembajaan pertama sebanyak 50 kg N/ha,
Jadi pembajaan kali ke-2 ialah 34 g/m² atau 2 g/bawang.
Penaburan baja perlulah di sekitar barisan antara bebawang. Buat beberapa alur parit di tepi bawang dan taburkan baja. Pastikan tidak terkena bawang kerana baja boleh melecurkan bawang dan akarnya nanti. Kambus alur kemudiannya agar dapat mengurangkan larut lesap baja.
Baju ditabur dengan teknik alur parit.
Daun bawang boleh dituai 2 minggu selepas penanaman apabila sudah panjang. Enak jika dibuat bersama cucur.
Penjagaan
Pengairan
Siram 2 kali sehari – 1x waktu pagi, 1x waktu petang.
Cantas kuntum bunga bawang
Bawang memerlukan pancaran cahaya matahari melebihi 13 jam untuk menghasilkan biji benih berkualiti. Di Malaysia hanya ada 12 jam pancaran matahari. Jadi tak lah sesuai untuk menanam bawang untuk penghasilan biji benih. Lebih kepada sebagai tanaman penghalau serangga.
Kuntum bunga bawang perlu dicantas atau cubit segera sebaik sahaja ia muncul agar dapat menghasilkan bebawang yang besar. Jika tak dibuang akan mengakibatkan segala nutrient disalurkan kepada bunga menyebabkan bebawang mengecut.
Selalunya bunga bawang akan muncul selepas 21 hari percambahan. Jadi boleh lah bersedia untuk potong bunga bawang ketika itu. Antara petunjuk daun tersebut adalah daun bunga bawang adalah daun lebih panjang daripada yang lain dan ia keras. Boleh potong sebelum ia jadi kumtum bunga.
Buang kuntum bunga bawang kerana ia membazirkan nutrien bawang sahaja.
Kawalan Perosak dan Penyakit
Bawang merah sukar diserang perosak kerana baunya yang tak disukai serangga. Sangat sesuai dijadikan tanaman penghalau (repellent crop).
Penyakit seperti bebawang lembik akibat serangan fungus. Elakkan tanam bawang di tanah yang menyimpan air (tanah gambut) ataupun pada musim hujan.
Rendam dengan thiram 10 minit sebelum tanam pada batas.
Penuaian
Penuaian
Bawang boleh dituai setelah hampir semua daunnya rebah (35-45 hari selepas bawang bercambah). Seeloknya tuai 2-3 hari tak hujan bagi memastikan bebawang benar-benar kering dan mudah disimpan nanti. Jika cuaca lembab boleh menyebab bebawang diserang fungus nanti.
Daun bawang rebah tanda sudah masanya menuai
No comments:
Post a Comment