CARA PENJAGAAN IBU ARNAB BUNTING & ANAK BARU LAHIR
PERSEDIAAN SEBELUM KELAHIRAN
* Pengiraan hari bunting bermula dari hari Mengawan
1. Pemakanan ibu bunting amat penting untuk kesihatan anak dan juga penghasilan susu apabila anaknya lahir kelak. Seawal 2 Minggu usia bunting, Ibu arnab mula diberi makanan berkhasiat seperti :

Alfafa Hay

Rolled Oat
Kandungan protien tinggi (16%)
Kandungan fiber (10.6%)
Membantu proses molting
Mencantikkan bulu
Meningkatkan berat
Membantu meningkatkan susu ibu sedang bunting dan menyusukan anak
GINSENG JAWA

UPHAVIT

Meningkatkan selera makan
Penjantan kurang aktif
Tambah susu bagi ibu bunting dan menyusukan anak
Mengurangkan stress
Memudahkan kelahiran
Mencantikkan bulu dan sebagai vitamin untuk mereka.
* Maklum balas dari penggunaan Uphavit amat memuaskan, Ibu arnab banyak susu. Arnab semakin sihat dan aktif
2. Pada hari ke 26 bunting, Kita perlu sediakan bakul beranak untuk ibu membuat sarang. Sesetengah penternak menggunakan kotak beranak dan ada juga menggunakan bakul beranak. Di Rawang Rabbitry kami hanya menggunakan bakul beranak sahaja. Kerana ia mudah didapati. Pastikan Bakul/ Kotak beranak tidak terbalik apabila ibu arnab menolaknya dan pastikan tapak bakul mempunyai lubang untuk air kencing ibu mengalir supaya tidak bertakung didalam bakul.

Kotak beranak

Bakul Beranak
3. Pada hari ke 27 bunting, Kebiasaannya ibu arnab akan mencabut bulunya sendiri untuk membuat sarang. Ibu akan mengumpul bulu yang dicabut serta hay-hay yang terdapat didalam sangkarnya dan akan dimasukkan ke dalam bakul beranak yang di sediakan.

Ibu Menggumpulkan bulunya di dalam bakul
4. Pada hari ke 28 Bunting. Ibu arnab akan beranak di dalam bakul yang di sediakan.

Anak yang baru lahir
5. Ibu Perlu diberi makanan yang berkhasiat untuk penghasilan susu yang banyak dan kesihatan yang baik.
6. Jika jumlah anak melebihi 8 ekor, tumpangkan anak tersebut kepada ibu lain (jika ada ibu lain yang beranak sama tarikh atau hampir).
7. Kebiasaannya ibu arnab akan menyusukan anaknya 2 kali sehari iaitu pagi dan malam.
8. Ibu arnab akan menyusukan anaknya sehingga usia anak menjangkau 2 bulan.
9. Pada hari ke 5 anak arnab mula tumbuh bulu dan pada hari ke 11 hingga 14 anak arnab akan mula celik.
PENJAGAAN ANAK ARNAB JIKA IBU TIDAK MENYUSUKAN ANAKNYA
Banyak pertanyaan dari peminat-peminat arnab yang sering di ajukan kepada Rawang Rabbitry tentang penjaggan anak arnab yang ibunya tidak hiraukan. Biasanya kes begini terjadi pada ibu arnab yang pertama kali melahirkan anak.
Antara cara yang kami lakukan jika masalah begini berlaku adalah seperti berikut :
1. Ambil ibu arnab tersebut, masukkan ke dalam kotak atau bakul, usap kepala ibu arnab sehingga nampak tenang kemudian letakkan anak di bawah badan ibu. Setelah 5-10 minit, angkat ibunya semula dan letakkan kembali ke dalam sangkar. Anak tersebut di letakkan semula ke dalam bakul beranak yang terletak di dalam sangkar ibu arnab tadi. Ulang langkah yang sama pagi dan petang.
* Letakkan kotak/Bakul di tempat tinggi seperti meja/kerusi bagi mengelakkan dari ibu arnab lari.

Menggunakan kotak

Menggunakan bakul
2. Bagi Ibu arnab yang tak aggresif. cara seperti di bawah boleh di gunakan.
* PERINGATAN
Jangan mengganggu ibu arnab.Jika ibu tersebut cemas atau takut dia boleh membunuh atau mencederakan anaknya sendiri.
Berikan Makan kepada ibu arnab dengan makanan yang berkhasiat, kerana ibu arnab menyediakan sumber makanan utama untuk anaknya,
Pastikan ibu aranb mendapat makanan yang mencukupi. Jika tidak ibu arnab akan memakan anaknya sendiri.
No comments:
Post a Comment